Thursday, May 26, 2005

Novel - Air Mata Kasih

Image hosted by Photobucket.com

AIR MATA KASIH - NORHAYATI BERAHIM

Tragedi 40 tahun dulu telah meninggalkan bayangan hitam dalam hidup Fakrulrazi. Kerana tingkah seorang perempuan, dia menyimpan dendam pada perempuan. Baginya, perempuan sering , mendatangkan bencana. Oleh itu, timbul diskriminasi antara anak lelaki dan anak perempuan dalam keluarganya. Dan dia sendiri amat memusuhi anak perempuannya Farah Diba, sedangkan gadis itu tidak bersalah. Malah dia cuba menafikan kewujudan gadis itu dari pengetahuan rakan-rakan bisnesnya.

Farah Diba. cekalkan hati untuk menghadapi kebencian bapanya. Dengan air mata, dia meneruskan kehidupannya tanpa kasih sayang dan perhatian lelaki itu. Sebagai mangsa sebuah dendam, dia mahu membuktikan bahawa anak perempuan juga punya hak dan berhak!

Tuhan menurunkan "petunjuk" bila Fakrulrazi dan anak lelakinya Fuad serta Farid hilang di Whitsunday Island, Australia. FAS Holding milik Fakrulrazi menjadi rebutan rakan dan saudara mara. Akhirnya, Farah Diba terpaksa menerajui syarikat itu. Tanpa dendam, benci atau sakit hati, dia melonjakkan nama syarikat itu di mata korporat. Namun, usahanya itu tidak berpanjangan bila Fakrulrazi kembali!

Dimanakah Farah Diba selepas ini ?
Adakah dendam itu terus menjadi hitam?
Hanya lelaki itu dapat menjawab persoalan ini!

*5 Star
Image hosted by Photobucket.com

0 Comments:

Post a Comment

<< Home