Sunday, May 22, 2005

Novel - Dendam Yang Terlerai

Image hosted by Photobucket.com

DENDAM YANG TERLERAI - NORHAYATI BERAHIM

Rasa dendam yang bertali arus ini dapatkah aku empang alirannya? Mampukah kusekat daripada terus mengalir? Hatiku tidak kuat...semangatku telah goyah lalu patah hanyut dibawa arus tidak berperasaan. Entah di mana terdamparnya. Entah di muara, entah tersangkut di celah-celah duri dendam. Atau terbenam di lubuk derita. Saat ayah terbujur diam disini, perlahan-lahan menitis jua air mata anak pelarian ini. Ya....aku anakmu. Kau ialah ayahku dunia akhirat. Setitis dendam yang tersimpan perlu aku leraikan kerana disini, di dalam tubuh ini, darahmu mengalir sama, memberikanku nyawa....mengejar aku mengenal erti dosa dan pahala. Ayah..dendam ini telah pergi bersama pemergianmu...Tuhan, kau ampunilah dosa-dosanya...
Image hosted by Photobucket.com

0 Comments:

Post a Comment

<< Home