Monday, May 23, 2005

Novel - Menumpang Gerimis

Image hosted by Photobucket.com

MENUMPANG GERIMIS - ANIS SHAHIRA HASHIM

Angin berkisaran perlahan di celah-celah keteguhan bangunan kota Paris. Di kejauhan kelihatan Menara Eiffel samar dan berbalam diliputi kabus. Keredupan langit kota Paris menjadikan panorama semakin ngilu.

Keluhan kecil terletus lagi di kelopak bibir mungil Afrina Aida. Sememangnya hal-hal kasih sayang, apa lagi kasih saudara bukan mudah untuk ditinggalkan sebagai kenangan. Dari kecil bersama, makan dan tinggal bersama, bersolat juga berjemaah bersama akhirnya saudara dipisahkan hanya kerana mengahwini perempuan sempadan yang berlainan darjat.

Apakah zaman globalisasi sekarang masih menyandarkan darjat sebagai alasan untuk menghalau dan membenci anak sendiri? Apakah itu satu kebenaran atau sesuatu yang dibenarkan dalam masyarakat? ... dan Afrina Aida mengeluh lagi ketika memandang masjid tertua di Perancis.

Ketika segala kenangan berhimpun menjadi satu di benak Afrina Aida, Datin Aishah mengemam bibir, mengemaskan tali baju tebal yang menyelimut tubuhnya memandang jauh ke hadapan, ke arah sungai yang membelah kota Paris. Barangkali dalam renungan itu ada Centre Pompidou, ada bandar Dinard, Britagne atau mungkin juga ada tugu peringatan mangsa holocaust.
Image hosted by Photobucket.com

0 Comments:

Post a Comment

<< Home