Friday, December 02, 2005

Petua Pelihara Persahabatan

i - Berikan masa untuk sesebuah persahabatan "tumbuh"
'ia mengambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun untuk mewujudkan persahabatan yang akrab'
'satu daripada sebab mengapa ia mengambil masa sehingga 3 tahun adalah kerana dalam tempoh berkenaan,mereka(sahabat) akan melalui beberapa konflik yang dapat menentukan persahabatan itu dapat bertahan atau tidak'

ii - Komunikasi Asas Persahabatan
berbicara adalah komponen utama dalam persahabatan. Bila seorang teman menceritakan idea atau perasaannya, beliau mengharapkan rakan yang mendengar itu memberi maklum balas. Jika hanya beliau saja yang banyak bercakap,beliau akan merasakan seolah-olah rakan yang mendengar itu tidak berminat dengan apa yang disampaikan.

iii - Ya, Memang Sukar Untuk Meluangkan Masa
lebih-lebih lagi bila kita begitu sibuk menguruskan kehidupan sendiri. Tapi anda sebenarnya tidak memerlukan masa berjam-jam untuk memastikan hubungan persahabatan terus bertahan.

Pastikan ia berterusan dengan :-
*hantar email.maklumkan atau tanya khabar teman anda melalui email
*hubungi mereka sekurang-kurangnya sekali seminggu. Perbualan telefon tidak semestinya lama
*sekali-sekala,hantarkan kad @ e-kad kepada mereka. Tidak semestinya menunggu waktu tertentu saja
*kirimkan gambar.Sekeping gambar menyampaikan 1,001 cerita.
*makan bersama sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Lebih kerap lebih bagus
Image hosted by Photobucket.com

1 Comments:

Blogger rafreen said...

fa, makan sebulan sekali?bila la ek kita nak wat rumah sbelah2 hehehe..

If i could catch a rainbow i would do it just for you
And share with you its beauty on the days you are feeling blue,

If i could build a mountain you could call your very own
A place to find serenity, a place to be alone

If i could take your trouble, i would toss them in the sea
But all these things i'm finding are impossible for me.

I cannot build a mountain or catch a rainbow fair
But let me be what i know best --- a friend that's always there.

4:31 AM  

Post a Comment

<< Home